Da’i Luqman Undang fitnah besar buat wanita bertudung


Gara-gara menampilkan aksi menari dalam muzik video single terbaharunya, Pendusta Cinta, penyanyi berhijab Wani telah ditegur Da’i Luqman.

Teguran menerusi status yang dimuat naik di di laman Instagram Da’i tersebut telah menjadi tular dan mendapat respons yang pelbagai daripada netizen..

“Buat seorang penyanyi wanita popular berhijab. Nak menyanyi, silakan, Tapi tak payahlah sampai menari.

“Kerana itu mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung. Niat untuk bagi malu bagi orang yang dah hilang malu,” tulis Da’i Luqman.

Wani atau NurSyazwani Selamat, 21, yang juga merupakan bekas peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama ini, mengakui terkejut apabila mengetahui individu yang disebutkan Da’i terbabit adalah dirinya.

Kata Wani kepada sebuah portal hiburan, dia baru menyedari tentang komen tersebut sejak dua hari lalu kerana ramai netizen yang mengaitkan namanya sebagai penyanyi wanita yang dimaksudkan dalam status tersebut.





“Ya betul, saya ada menari sedikit dalam muzik video lagu Pendusta Cinta. Untuk single keenam bersama kemunculan Waris ini saya mahukan kelainan.

“Kalau sebelum ini saya hanya menyanyi biasa-biasa sahaja, kali ini saya mahu pamerkan kebolehan menari. Cuba tengok muzik video itu, tak adalah teruk sangat saya menari, kan? Rasanya tarian saya masih sopan.

“Lagipun, saya bukannya penyanyi nasyid. Ramai menganggap saya penyanyi nasyid dan mungkin juga Da’i tersebut fikir saya penyanyi nasyid, jadi tidak wajar menari,” katanya sebagaimana dilaporkan portal tersebut.

Menurut Wani, single Pendusta Cinta kini semakin mendapat perhatian, malah muzik videonya juga telah meraih 200 ribu jumlah tontonan di YouTube.

Post a Comment

Previous Post Next Post