Anuar Zain minta peminatnya tidak terpedaya


Anuar minta peminat melaporkan mengenai akaun tersebut.

Penyanyi Anuar Zain meminta peminat berhati-hati agar tidak terpedaya dengan akaun Instagram palsu menggunakan identitinya.

Menerusi laman sosial berkenaan, pihaknya juga berharap peminat membuat laporan agar akaun tersebut ditutup oleh pihak Instagram sebelum perkara tidak diingini berlaku.

"Assalamualaikum dan hello semua. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun IG palsu.

"Diharap anda dapat membantu melaporkan IG tersebut supaya tidak ada yang terpedaya dengan maklumat dari akaun palsu tersebut," tulisnya.






Anuar Zain minat peminat berwaspada

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 48, membuka akaun anuarzainnetwork sebagai akaun rasminya pada September 2016 dan kini memiliki hampir 90,000 pengikut.

Perbezaan pada akaun berkenaan ialah terdapat perkataan 'private' bagi akaun palsu sementara akaun sebenar tidak mempunyai perkataan itu.

Penyanyi Sedetik Lebih ini menggunakan Instagramnya untuk tujuan berkongsi perkembangan kerjayanya dengan peminat.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada netizen yang memaklumkan tentang kegiatan akaun palsu itu menerusi pesanan peribadi.

"Terima kasih juga pada yang menghantar mesej peribadi kepada pihak kami bagi memaklumkan kewujudan akaun palsu tersebut," ujarnya.

Follow instagram @buletinmalaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post