
Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi Aizat Amdan menjadi artis kedua yang diikuti oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di akaun Instagram peribadinya, @chedetofficial.
Perkembangan tersebut sekaligus membuatkan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu sebagai artis lelaki pertama yang diikuti oleh beliau.
Selain Aizat dan Siti Nurhaliza, Mahathir hanya mengikuti akaun peribadi anaknya iaitu Mukhriz Mahathir dan selebihnya adalah akaun rasmi UNICEF Malaysia, Armada PPBM, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM Kedah dan Pakatan Harapan.
Untuk rekod, Aizat mendedikasikan sebuah lagu berjudul Harapan Menjadi Nyata bersempena dengan ulang tahun kelahiran Mahathir yang ke-93 semalam.
Follow jua instagram kami di @buletinmalaysia