Siti Nurhaliza puji lenggok nyanyian Wany Hasrita


Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji lenggok nyanyian lagu irama Malaysia penyanyi, Wany Hasrita menerusi single Ewah Ewah.

Siti, 39, berkata, Wany juga boleh menjadi penyanyi serba-boleh jika dia meneruskan usaha menyanyikan lagu irama itu dan genre lain.

“Saya sudah beberapa kali dengar lagu nyanyiannya dan apa boleh dikatakan, lenggok irama Malaysia dia bagus. Saya puji usaha yang dibawa Wany sebagai anak muda.

“€Apatah lagi sekarang tidak ramai penyanyi berani muncul dengan single irama Malaysia.

Apa dibuat Wany sekarang, sama ketika saya mula berkecimpung dalam bidang nyanyian yang mana mencuba pelbagai genre lagu termasuk irama ini.

“€Jadi, saya berasakan Wany boleh pergi jauh dan menjadi penyanyi serba-boleh. Paling penting jangan berhenti berusaha,”€ katanya.





Pun begitu, Siti menyeru agar usaha dibawa seperti Wany dan penyanyi lain mendapat sokongan daripada stesen radio tempatan.

Malah, Siti berharap tidak timbul lagi isu diskriminasi lagu bagi membolehkan industri muzik tempatan terus berkembang maju.

“Usaha seperti itu tidak akan berhasil tanpa adanya sokongan pihak lain seperti stesen radio. Kalau boleh lagu irama Malaysia turut diputarkan di stesen radio popular lain.

“€Bagi saya, jangan diskriminasikan lagu tempatan. Beri peluang sama rata kepada semua penyanyi. Namun, tidak nafikan perkara ini berlaku kerana saya pernah melaluinya.

“€Jadi, pesan saya kepada Wany dan penyanyi baru lain kena teruskan berusaha lagi. Jangan putus asa,”€ katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post