Pelakon meningkat naik, Ruhainies, 26, memberitahu Syawal tahun ini disambut dengan bersederhana sahaja kerana terlibat dengan penggambaran di Eropah.
“Cuti cuma tiga hari sahaja, raya keempat sehingga penghujung Syawal saya terlibat dengan penggambaran drama Anugerah Cinta Aishah di Budapest dan di Vienna.
“Bercakap tentang perbezaan raya tahun ini lebih kurang sama, tahun lepas raya keempat pun saya sudah bekerja.
"Bagi saya raya pertama dan kedua lebih meriah sambutannya.
“Ini kerana kemeriahan pada waktu malam raya saya suka menunggu pengumuman hari raya, diikuti gotong royong dan mengemas rumah," katanya.
Terdahulu Ruhainies juga merupakan adik kepada pelakon, Risteena Munim sama-sama menyambut kemeriahan malam Syawal di Singapura sebelum pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang pada lewat malam.
Sementara itu, kakak Ruhainies pula berkata, tahun ini lebih menumpukan kepada bisnesnya sebelum kembali bekerja.
“Tak cuti lama juga sebab raya keempat dah berlakon balik arahan Along Kamaludin untuk telemovie dan drama bersiri 13 episod utk RTM, dan sedang menuggu dua Filem saya iaitu Blok 404 dan Qhaliq," ujarnya.
Diajukan tentang soal pemilihan baju raya bila keluar bersama, pelakon Risteena, 29, mengakui adiknya lebih pandai.
“Adik banyak bagi idea dalam pemilihan baju raya sebab dia ada citarasa yang bagus," katanya.