Nabila Huda Single itu benda paling memalukan


Terbaharu, pelakon Nabila Huda menerusi akaun Twitter mendedahkan sebelum ini dia pernah bergelar seorang penyanyi atas kehendak keluarganya.

Pun begitu, Nabila Huda mengakui dia tidak berbakat dalam bidang nyanyian dan menyifatkan single berjudul X-Ray yang pernah dikeluarkan sekitar tahun 2009 itu memalukan dirinya.

"Saya tak suka menyanyi dan Saya tak boleh menyanyi. Single itu adalah benda yang paling memalukan yang pernah Saya buat dalam hidup. Worst nightmare!

"Saya dipaksa oleh keluarga untuk hidup lebih mewah katanya.Saya masuk industri ni bukan untuk menjadi kaya raya atau popular.

"Pilihan saya adalah untuk menjadi seorang pelakon. Bakat saya hanya itu sahaja.Tiada yang lain, Im still learning dan masih memperbaiki kekurangan.





"Saya bukan dicipta untuk menjadi seorang penyanyi. Fokus saya hanya satu dan saya akan setia dengan apa yang saya pilih," tulisnya.

Walau bagaimanapun, Nabila tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mencuba kembali bidang seni suara sekiranya sudah boleh menyanyi.

"Tapi mana tau insyaALLAH satu hari nanti. Kalau suddenly suara saya magic jadi sedap, hati saya terbuka untuk cuba bidang nyanyian, why not.

"Tapi kena make sure la suara tu sedap. Kalau dari minit pertama sampai akhir suara autotune je dalam album, baik tak payah!haha," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post