Ifa Raziah nasihati Haqiem Rusli supaya minta maaf


Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah berkata, keputusan Haqiem Rusli yang mahu berhenti menyanyi sebelum ini kemungkinan hanya gimik semata-mata.

Jelas Ifa, 43, yang difahamkan Haqiem bakal mengeluarkan single terbaharu selepas hari raya nanti, oleh yang demikian, Ifa percaya perkara ini ada kemungkinan tidak benar.

Jika sebaliknya, pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) tempat ketiga menerusi lagu Tergantung Sepi itu perlu kuat berdepan dengan cabaran industri.

"Mungkin gimik mungkin tidak, sebab dia nak mengeluarkan single terbaharu selepas raya.

"Cuma sebagai nasihat daripada saya, Haqiem kena teruskan kerana berbakat besar.

"Sebenarnya nak menjadi anak seni kita kena kuat berdepan dengan cabaran yang dihadapi. Emosi dan mental kena kuat.

"Jadi Haqiem kena kuatkan semangat, jangan sia-siakan bakat yang ada, sayang. Teruskanlah perjuangan," katanya tegas.





Ujar Ifa yang menyifatkan Haqiem juga mempunyai bakat dalam menghasilkan karya yang baik, Ifa yang juga seorang pengacara mengesyorkan kepada Haqiem agar aktif di belakang tabir.

Ifa turut menasihati, jika Haqiem ada melakukan kesilapan jangan malu untuk meminta maaf.

"Mungkin boleh stop singing on stage tetapi teruskan berkarya hasilkan lagu-lagu untuk penyanyi lain. Masing-masing ada bakat yang ALLAH kurniakan.

"Andai Haqiem ada menyakiti hati orang lain secara sengaja ataupun tidak, minta maaf sahajalah tak ada ruginya," kata Ifa.

Post a Comment

Previous Post Next Post