Faye Kusairi Azmi tak kedekut, bayar nafkah ikut kemampuan


Faye Kusairi beritahu Azmi bayar nafkah ikut kemampuan.

Pelakon Faye Kusyairi mendedahkan suaminya pengarah drama Azmi Hatta tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak yang lain jika mereka hidup dalam keadaan mewah seperti diperkatakan.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkata, tindakan pihak tertentu yang terus menghentam suaminya itu sedikit sebanyak menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pengarah.

"Kalau hidup mewah nanti Insya-Allah lagi mudah urusan suami nak bayar segala apa yang patut tanpa sekatan.

"Anak-anak Kak Yanti dan Elly Mazlein semua dapat secara adilnya... ini cerita kalau dah mewahlah. Kalau hentam kiri kanan atas bawah, mana mana orang tu nak dapat job, nak bayar duit itu ini. Logiklah kan? Jadi paham-paham sendiri jelah ya," ujarnya.

Sebelum ini, Elly Mazlein menuntut wang perbelajaan untuk persiapan hari raya anak mereka daripada bekas suaminya, Azmi Hatta.

Kata Elly lagi, suami kepada aktres Faye Kusairi itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri namun kononnya masih mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.


Pelakon drama Teratai Kemboja itu turut mengingatkan Azmi supaya jangan bersikap kedekut dengan darah daging sendiri.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.






Status yang dimuat naik Faye pada Selasa.

Dalam pada itu, membalas soalan netizen, Faye berkata, Azmi tidak pernah kedekut dengan anak-anaknya, namun membayar nafkah mengikut kemampuan.

"Kalau kami ni hidup mewah, tiada masalah nak bayar berapa banyak sekali pun. Suami saya tidak pernah kedekut dengan anak-anak.

"Setakat ini dia cuma bayar ikut kemampuan dia. Sikit atau banyak dia tetap akan cuba bayar," tulisnya.

Pelakon Istikharah Cinta itu juga memberitahu dia tidak bergantung seratus peratus terhadap suaminya berikutan mempunyai sumber pendapatan sendiri.

Malah, Faye berkata, dia mengutamakan pendapatan suami kepada anak-anak lain.

Selain itu, Faye berharap kemelut yang melanda suami dan bekas isterinya itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Semoga masing-masing mendapat jalan penyelesaian yang terbaik secepat mungkin," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post