Elyana Separuh dari hidup menahan sakit


Penyanyi, Elyana menerusi Instagram miliknya baru-baru ini, berkongsi sekeping foto ketika zaman berambut palsu kerana mengalami keguguran rambut yang teruk gara-gara derita penyakit kanser limfoma.

Menurut penyanyi popular Diriku Tapak Sulaiman ini, dia mengambil masa yang agak lama untuk memberanikan diri muncul dikhalayak ramai kerana botak.

"Gambar 4 tahun yang lepas. Setelah sekian lama menyembunyikan diri di rumah. Akhir nya saya berani kan diri untuk keluar di tempat awam.

"Masa ni rambut saya tinggal rambut depan sahaja.Habis botak sebab Chemotherapy. Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.

"Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit. Separuh dari hidup saya menahan sakit. Tapi sampai bila nak meratap nasib kan? Zaman-zaman rambut palsu saya," tulisnya.





Rata-rata pengguna laman tersebut mendoakan yang baik-baik kepada ibu anak seorang ini.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza.

Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post