Isu tuntutan nafkah anak yang disuarakan Elly Mazlein terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta masih belum berkesudahan, malah semakin berlarutan apabila penyanyi tersebut mendakwa anaknya sehingga kini tidak menerima bayaran yang sepatutnya.
Terbaharu, Elly menerusi laman Instagramnya (IG) meluahkan kekecewaannya apabila Azmi didakwa tidak memberikan perbelanjaan untuk persiapan raya anaknya, Sephia.
“@azmi _hata, dekat nak raya ni.. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi, takkan persiapan raya pun tak nak bagi..
“@azmi_hata dah buka production house, mewah sekarang. Tapi tanggungjawab pada anak pulak diabaikan. Sempit rezaki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” tulisnya beserta tanda pagar nama bekas suaminya itu.
Elly juga memberitahu, jumlah nafkah anak yang perlu dibayar Azmi adalah RM1500 dan bukan RM500.
“Duit nafkah anak adalah RM1500 BUKAN RM500. Bayaran nafkah anak adalah untuk setiap bulan, bukan sesuka hati kau ikut #isthikarahcinta yang kau amalkan dari dulu..
“Dendam dengan mama, anak tak berdosa jadi mangsa. Dendam peti ais rosak kamu.. Dendam apanya lagi .. Engkau tu dah kawin dan ada anak lagi. Apa yang tak puas hati lagi? Apa yang engkau nak semua dah dapat.
“Nak pujuk Kakak Lina, lepas tu Kakak Lina tak layan, tu yang buat engkau marah sangat nihhh??? Tak hingin aku nak balik dengan engkau. #MuntahHijoo,” luahnya tanpa berselindung.
Dalam muat naik status terbaharunya, Elly memberitahu alasan utama bekas suaminya itu tidak membayar nafkah sebagaimana yang dituntut adalah kerana perlu menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.
“Bila motor lagi penting dari anak. @azmi_hata, mama dah banyak kali cadangkan dekat daddy sayang, jual la motor tu kalau rasa terbeban.
“Tapi mama yakin, daddy mewah sekarang ni sebab dah ada production hauseee,” tulisnya sebagai kapsyen.
Apa pun yang berlaku semoga Elly dan Azmi dapat mencari penyelesaian terbaik demi anak tunggal mereka.