
Wak Doyok menjawab kritikan netizen.
Nama selebriti Wak Doyok baru-baru ini kembali panas, apabila beliau dikatakan seperti tidak tetap pendirian pegangan politiknya selepas kerajaan BN tewas kepada Pakatan Harapan dalam PRU14.
Mana tidaknya, sebelum ini beliau yang dianggap mesra BN dahulu, kini dilihat melakukan pusingan U, apabila berkongsi gambar dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bagi menzahirkan sokongan kepada beliau.
Bagi menjawab kritikan itu, Wak Doyok berkata , 'pendiriannya tiada kaitan dengan netizen'.
"Apa macam suka kutuk orang #AkuYangLalangKoYangPanas 🌾 y bodar y bodar. #Airlalangmemangsedapdiminum," tulisnya di Instagram.
Wak Doyok ketika ini dilabel sebagai 'lalang' yang merujuk kepada prinsipnya yang cepat berubah itu.