Syafiq Kyle tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan


Ketika ini masih lagi hangat dengan kisah video lucah yang dikatakan membabitkan pelakon yang sedang meningkat namanya ketika ini, Syafiq Kyle.

Setelah berdiam diri, akhirnya malam tadi, Syafiq bertemu beberapa pihak media untuk menjelaskan mengenai dakwaan video tersebut.

Pun begitu, dilaporkan Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut.

"Tujuan saya mengadakan sidang media ini adalah untuk saya terus 'move on' dan meneruskan kehidupan.

“Saya sedar yang saya merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau memendekkan isu ini namun saya memilih untuk menghentikannya. Pada masa yang sama, saya mahu menghormati bulan Ramadan.

“Bagi saya, terpulanglah bagaimana mereka di luar sana mahu menafsirkan perkara ini, tetapi ini merupakan jawapan saya buat masa ini dan tiada lagi jawapan lain selepas ini di masa akan datang.

"Sejujurnya, saya sangat menghargai dugaan yang datang dan sesungguhnya, ia mematangkan saya,” ujarnya.





Tambah Syafiq, dia mengetahui perkara ini sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat memastikan mengenai kesahihannya.

"Saya tahu mengenai perkara ini semenjak dua tahun lalu tapi saya cuma mendapat beberapa 'hint' sahaja. Saya sendiri tak tahu kebenaran perkara itu.

"Saya juga tak tahu video ini dijual di laman internet. Saya tak sedar dan tak faham kerana saya bukan jenis orang yang 'menggodek' telefon," katanya lagi.

Pihak media turut bertanyakan mengenai Mira, 'watak' perempuan di dalam video tersebut. Namun Syafiq sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.

"Mungkin saya pernah kenal dengan individu terbabit tetapi saya tak mahu memikirkannya kerana saya sendiri enggan memanjangkan perkara ini lagi.

"Mengenai 'screenshot' perbualan yang viral di laman sosial, saya sendiri tak kenal dengan individu yang menularkannya dan paparan skrin tersebut itu disunting pihak tak bertanggungjawab.

"Saya memberikan tumpuan kepada isu video dan bila timbul pula isu lain, saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk mengendalikannya," katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post