Que Haidar jawab isu harga baju Melayu


Pelakon Que Haidar berkongsi dua keping gambar screenshot luahan seorang individu yang menyifatkan dia menjual baju Melayu mahal kerana tiada job.

Menurut pemilik nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini, dia tidak pernah memaksa individu tersebut menyokong atau membeli daripadanya.

"Selalu org tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri, ikut kemampuan kita.

"Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju (koleksi) Exclusive jadi saya pun bagitahu harga untuk baju yang ditanya, tapi diburuk-burukkan," tulisnya.

Mengulas mengenai isu dirinya yang tidak laku, figura berusia 39 tahun ini bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki halal oleh ALLAH SWT.

Bahkan, dia hanya berniaga koleksi baju Melayu di bawah jenama The Haidars pada bulan Ramadan sahaja.


"Alhamdulillah ALLAH SWT masih kurniakan rezeki yang halal untuk saya dan keluarga.

"Berniaga ini saya buat hanya pada bulan Ramadan dan memang kebanyakkan barang-barang yang saya jual sangat eksklusif dan terhad.

"Tujuh tahun dah saya berniaga pada bulan Ramadan di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini saya fikir ingin luaskan sedikit perniagaan saya.





"Jadi saya buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan saya memang ada pelanggan dari Johor dan Singapura yang menginginkan saya buka di Johor tahun ini, jadi tak jauhlah untuk mereka membeli belah dengan saya," jelasnya.

Tambah Que, adalah lebih baik sekiranya individu tersebut tidak menghinanya kalau tak berkemampuan.

"Kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada macam-macam cara lagi untuk support. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post