Josiah Hogan Sanggup tunggu kerana minat


Pelakon, Josiah Hogan mengakui akan terus setia menunggu untuk diberi watak hero meskipun sekali lagi namanya ditolak sebuah stesen TV, baru-baru ini.

Josiah, 32, bagaimanapun tidak menafikan sakit hati apabila kerap mendapat soalan sama ada dia masih berlakon apabila jarang muncul di TV.

“Sekali lagi nama saya kena tolak untuk watak hero oleh stesen TV. Kalau sudah empat tahun macam ini tak terkejut pun.

“Sumpah saya rasa bakat saya tidak diterima di negara ini dalam bidang lakonan mahupun muzik. Panel-panel tidak faham seorang pelakon yang berdepan dengan masyarakat.

“Soalan paling menyakitkan adalah, “Dah tak berlakon dah ke? Lama tak nampak keluar TV”. Mereka tidak faham masalah yang saya hadapi adalah di luar kawalan saya,” luahnya di Facebook.





Menurut pelakon filem KL Special Force itu, dia reda namun tidak berputus-asa dan akan terus menunggu peluang buat dirinya.

“Tapi, saya terus akan menunggu bila pelakon-pelakon semua sudah terlalu mahal dan sudah tidak berdisiplin. Saya setia menunggu untuk beraksi pasal ini minat saya,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post