Asfan Shah Kemenangan pertama dalam tempoh 10 tahun


Penyanyi dan komposer terkenal, Asfan Shah menang bagi kategori Lagu Tema Pilihan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2018) sebentar tadi.

Asfan, 33, berkata, ini merupakan anugerah yang telah lama dinantikan sepanjang penglibatannya sebagai seorang penyanyi dan komposer muzik.

"Alhamdulillah, ini adalah kemenangan pertama saya dalam tempoh sepuluh tahun. Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong karier saya.

"Tak lupa juga kepada pihak DFKL dan abang Heykal Hanifah kerana memberikan saya peluang, lagu Sumpah Cintaku sebagai lagu tema pilihan bagi drama Titian Cinta.

"Pada masa yang sama anugerah ini membuatkan saya akan terus berkarya lebih banyak lagi," katanya kepada Sinar Harian.

Untuk rekod, drama slot Akasia Cinta Fatamorgana juga menjadi lagu tema pilihan penyanyi pop ini.





Post a Comment

Previous Post Next Post