Alif ubah hidup Faye Kusairi dan suami


Dikurniakan cahaya mata hasil perkongsian hidup pelakon, Faye Kusairi bersama suami, Azmi Hatta jelas menambahkan lagi kebahagiaan dalam hidup mereka berdua.

Faye yang berasal dari Miri, Sarawak, berkata, walaupun kekok namun Azmi dan dirinya saling bertolak ansur.

"Memang kami bersyukur sangat dengan kehadiran Alif dalam hidup kami. Secara tak langsung, kerjasama antara saya dan suami bertambah kukuh.

"Selain itu, kami dapat melihat betapa sabarnya diri kami dengan kerenah anak kecil dan bagaimana kami berdua memainkan peranan 'give and take'.

"Suami seorang yang sangat membantu dan memahami, dia banyak bagi saya peluang untuk berehat," katanya.





Tambah Faye lagi, ketika Azmi berada di lokasi penggambaran, suaminya kerap membuat panggilan video dan meminta agar Faye menghantar gambar bersama Alif.

"Tapi sebenarnya saya suka bila dia fokus dengan kerjanya. Bila selesai kerja atau ada kelapangan baru video call.

"Ini kerana karya seorang pengarah memerlukan fokus yang tinggi. Jadi tanggungjawab saya pula memastikan kualiti karya dia bermutu," kata Faye yang baru 20 hari bergelar ibu.

Mengenali diri pelakon wanita yang ligat, walaupun Faye berpantang di kediaman ibunya, namun dia tetap ringan tangan.

"Sementara berpantang di rumah mama saya pun hulurkanlah juga tangan bantu mama buat kek lapis bisnes dia. Buat kek lapis bukan susah pun, dulu sebelum saya menceburi bidang lakonan inilah perniagaan saya, jual kek lapis," ujarnya sambil berseloroh.

Post a Comment

Previous Post Next Post