Pelakon Beto Kusyairy merupakan antara pelakon lelaki tanah air yang telah diiktiraf kerana bakatnya. Tanpa kontroversi, Beto mencipta nama dalam kelas tersendiri.
1. Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, merupakan pelakon yang mempunyai lulusan Diploma Perhotelan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
2. Menceburi bidang lakonan sekitar tahun 2005, namun bakatnya mula diterima ramai selepas kemunculannya dalam drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby dan Geng Surau.
3. Di awal kemunculannya dalam bidang seni Beto pernah menimba pengalaman sebagai stunt double untuk salah satu watak dalam filem Cicakman dan Bilut.
4. Merupakan sahabat baik kepada pelakon Zahiril Adzim, Azhan Rani dan Fikree Bakar di mana mereka sering melakukan aktiviti luar bersama selain saling mengenali keluarga masing-masing.
5. Erma Fatima antara selebriti yang menggerakkan Beto untuk lebih serius dalam bidang lakonan apabila memberi peluang kepada Beto berlakon di bawah drama arahannya.
6. Filem Syaitan (2007), arahan Bade Hj Azmi merupakan filem pertama lakonan Beto.
7. Nama Beto cukup dikenali di Singapura menerusi drama Tok Kadi, malah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di majlis Anugerah Pesta Perdana menerusi drama tersebut pada tahun lalu.
8. Sehingga kini, Beto telah membintangi lebih 80 drama dan telemovie, serta lebih 15 buah filem.
9. Beto turut aktif di pentas teater dan pernah terlibat dengan pementasan teater Ramlee Manifestasi, Bawang Putih Bawang Merah dan Takhta 3 Ratu.
10. Bakat Beto diiktiraf menerusi beberapa anugerah yang menobatkan namanya sebagai pemenang. Antaranya termasuklah Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Tribute P. Ramlee 2012), Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Skrin 2015) dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Lawak Warna 2015).