Selebriti lain diberi tumpuan, Izzue Islam dibuat tak tahu siapa tak angin


Izzue terkilan tidak dapat promosi seperti selebriti lain daripada penganjur.

Pelakon Izzue Islam meluahkan rasa terkilan apabila pihak penganjur di sebuah acara pertunjukan fesyen yang berlangsung pada Khamis disifatkan sebagai tidak berlaku adil.

Izzue berkata, pihak penganjur gagal menghormati jenama bajunya iaitu Izzuexclusive apabila tidak meletakkan nama jenama itu di setiap poster, video dan aturcara majlis berkenaan.

"Tak kenal aku takpa, tapi kena hormat brand Izzuexclusive yang masuk dalam event kau. Dah memang keje kau untuk service semua brand! Jangan cakap terlepas pandang, poster, video dan dalam aturcara pun tiada.

"Aku brand ketiga yang keluar siap perform lagi, sekeping gambar highlight pun tiada," tulisnya di Instagram.


Antara status Izzue Islam yang dimuat naik di IG.

Izzue berkata, dia berasa seperti dipergunakan dan menumpang pada majlis yang menampilkan 14 selebriti lain.

Kata penyanyi lagu Bimbang ini, pihak penganjur tidak memberi promosi secara adil terhadap dia berbanding selebriti lain yang ada pada pertunjukan fesyen raya tersebut.

"Sumpah aku terkilan, rasa sia-sia pula. Apa-apa pun terima kasih kepada model yang sarung Izzuexclusive, maaf gambar korang tiada dalam IG mereka, diorang tak suka kot, takpa aku suka.

"Terima kasih kepada yang datang sokong brand aku, korang semua awesome, aku je yang rasa loser sekarang ni sebab diperlaku macam ni," ujarnya.






Antara selebriti pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion yang berlangsung pada Khamis.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia masih belum menandatangani apa-apa kontrak dengan penganjur tersebut dan masih belum terlambat untuk menarik diri dari kerjasama berkenaan.

"Oh aku baru teringat!, aku tiada kontrak dengan diorang, kalau aku angkat kaki pun korang ok kan? korang masih boleh beli dalam talian di Instagram @izzuexclusive. Aku bagi service baik punya. Insyaallah tak sabotaj," tulisnya.

Sebelum ini, Izzue bersama 14 selebriti melancarkan butik Starvilion menerusi acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Royale Palace pada petang Khamis.

Post a Comment

Previous Post Next Post