Nabila kesal dengan tindakan pihak produksi yang membatalkan tawaran tanpa memberitahunya.
Pelakon Nabila Huda berang apabila pengurus sebuah syarikat produksi atau production manager (PM) hanya mendiamkan diri selepas dia mengesahkan untuk menerima tawaran berlakon daripada pihak tersebut.
Nabila, 34, berkata dia tidak diberitahu apa-apa daripada pihak produksi itu sehingga menyusahkannya untuk mengantikan dengan kerja lain.
"Lain kali kalau job cancelled atau tak jadi ambil atau ganti orang lain ke, beritahu! Kau suruh block, lepas itu kau diam. Kau ingat aku ada masa nak tunggu keputusan kau.
"Stesyen TV atau produser atau sesiapalah. Aku ada kerja lain selain nak tunggu kau. Kalau tak mampu nak bayar cakap saja.
Luahan Nabila di Instastorynya.
"Kalau budget kecil cakap saja atau kalau stesyen TV nak orang lain cakaplah. Terus terang saja. Come on lah. Aku tak ada masa lah nak kecil hati atau apa-apa.
"Kena beritahulah, jadi boleh ganti dengan kerja lain. Baik tak payah jadi pengurus produksi kalau macam ini pun tak boleh handle. Bodoh!" kata Nabila.
Nabila meluahkan perasaan marah terhadap sebuah produksi menerusi laman Instastory miliknya.
Kerja-kerja urusan mencari artis dalam sesebuah penggambaran drama atau filem biasanya dilakukan oleh individu dipanggil PM iaitu production manager atau pengurus produksi.
Dalam pada itu tambah Nabila lagi, dia sudah berbelas tahun terpaksa berhadapan dengan situasi dimana ada segelintir produksi yang mahu mengurangkan harga bayarannya.
Nabila minta segelintir produksi kumpul duit terlebih dahulu sebelum ingin membuat sebuah drama atau filem.
Anak kepada penyanyi Amy Search ini meminta pihak tersebut untuk mengumpul duit terlebih dahulu sebelum ingin membuat sebuah drama atau filem.
"Ada sesetengah pengurus produksi yang bincang dengan artis ini kalau boleh nak kurangkan bayaran saja. Gaji masih sama macam 2008. Minyak naik, beras naik, semua naik.
"Gaji kita makin nak dikurangkan. Kalau tak ada duit, tak ada bajet, jangan buat drama. Tutup produksi. Kumpul duit dulu, lepas itu barulah rancang nak buat drama ke, filem ke.
Nabila minta produksi sediakan bayaran tempahan terlebih dahulu.
"Ini duit tak ada, ada hati nak buat drama, berangan nak artis power. Lepas tu bila berurusan minta harga kawan-kawan. 2018 bukan masa harga itu. Dah berbelas tahun aku hadap saja ayat tu," tulisnya.
Dalam pada itu, Nabila menegaskan dia akan mengenakan bayaran tempahan sebelum menerima sesuatu tawaran.
"Jadi langkah terbaik, siapa sudah mengesahkan, sila bagi bayaran tempahan. Kalau tidak, boleh pergi meninggal!" ujarnya.