Peminat keliru hubungan Zara Zya & Hafreez Adam


Hubungan cinta pasangan ini membangkitkan perdebatan berbeza dalam kalangan netizen.

Bercinta ataupun tidak? Itu yang bermain di fikiran netizen ketika membincangkan kisah hubungan antara pasangan popular, siapa lagi kalau bukan si Zara Zya dan Hafreez Adam.

Biasalah sebaik mengetahui ada pasangan artis bercinta, mulalah masing-masing tiba-tiba nak ‘membawang’ di laman sosial.

Bukan apa, ramai yang keliru dengan hubungan sebenar pasangan ini. Pada mulanya, si Hafreez bersungguh-sungguh berkongsi rasa.

Tidak lama kemudian, Zara pula mengatakan mereka masih mengenali hati budi masing-masing. Sebab itu ramai yang tertanya-tanya yang mana satu betul, bercinta ataupun tidak?

Disebabkan itu, mulalah timbul spekulasi yang bukan-bukan kononnya pasangan ini sekadar bercinta untuk mempromosikan drama lakonan mereka, Monalisa yang kini sedang ditayangkan di televisyen.

Entahlah, sebagai peminat, Diva rasa ada baiknya kita mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Mungkin, terlalu awal untuk berkongsi segala-galanya secara terbuka, sebab itu Zara mengambil pendekatan selamat.

Nanti kalau tak jadi jika dicanang seantero dunia pun, kasihan juga kepada Zara kan? Jadi sebagai lelaki, Diva benar-benar berharap Hafreez bersungguh-sungguh menjaga hati dan perasaan Zara sehingga ke jenjang pelamin okey!

Diva: Tahniah Faye Kusairi yang selamat melahirkan bayi pertama di hari ulang tahun perkahwinan bersama suami, Azmi Hatta pada Isnin lepas.





Post a Comment

Previous Post Next Post