Liza Hanim Timing tak kena


Penyanyi Liza Hanim, 39, memberitahu sekarang bukan masa sesuai untuk dia dan suaminya, Shah Indigo aktif semula dalam bidang nyanyian.

Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim berkata buat masa ini biar dia seorang saja kembali menyanyi termasuk sibuk mempromosikan single terbaru, Mimpi.

“Bukan saya menghalang suami menyanyi semula tetapi kami ada perniagaan yang perlu diuruskan.

“Saya pun tahu minat Shah pada nyanyian masih ada dan tidak pernah pudar. Cuma, masa rasanya kurang sesuai.

“Kalau kami berdua sibuk menyanyi nanti bagaimana dengan anak dan keluarga. Anak-anak dalam proses membesar," katanya.

Menurut Liza, dia yakin jika ada rezeki dan sampai masa suaminya aktif semula sudah pasti ia perancangan bersama Indigo.

Ditanya mengenai permintaan peminat untuk dia dan suami muncul menghasilkan single duet bersama, Liza berkata memang ada meminta.

“Apa-apa pun, keluarga dan perniagaan keutamaan kami. Jadi, buat masa sekarang suami izinkan saya menyanyi semula.

“Tidak sangka kemunculan baru diterima baik selepas penyertaan dalam Gegar Vaganza 4 (GV4) baru-baru ini," katanya.

Liza menceburi nyanyian pada era 1990-an dan popular dengan lagu seperti Gelisah Mimpi, Siapa Sangka Siapa Menduga, Getaran Cinta Di Jiwa, Andai Aku Bersuara dan banyak lagi

Bertemu jodoh dengan anggota kumpulan Indigo, Shah atau Mohamed Shahrin Shamsudin paa 2003, pasangan bahagia itu dikurniakan empat cahaya mata, dua perempuan dan dua lelaki.

Post a Comment

Previous Post Next Post