Hairul Azreen Tukar Imej Nak Ke Hollywood


Hairul seronok bawa watak sebagai anggota bomba menerusi filem terbarunya, Qhaliq.

Pelakon Hairul Azreen terpaksa mengubah penampilannya demi mengejar impian untuk membawa namanya ke Hollywood.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 30, berkata dia perlu kuruskan badan, gelapkan wajah dan menyimpan misai untuk mendapatkan tawaran berlakon filem aksi.

"Sebenarnya semua filem aksi yang saya lakonkan ini iaalah untuk mencari peluang ke Hollywood. Kelebihan saya adalah berlawan.


Penampilan terbaharu Hairul demi mengejar impian untuk bawa namanya ke Hollywood.

"Tapi saya tak pernah dapat peluang sebab penampilan. Sebab itu saya kuruskan diri, simpan misai dan gelapkan muka untuk filem.

"Kalau tak, kebanyakkan pengarah kata saya tak sesuai untuk filem aksi. Kalau perasan saya dah dua atau tiga tahun tak berlakon drama," kata Hairul.

Kata Hairul, kemungkinan selepas ini dia akan berhenti mengambil tawaran watak beruniform namun akan memikirkan terlebih dahulu jika jalan cerita menarik.






Hairul memegang watak sebagai tentera laut menerusi filem Paskal The Movie.

"Rasanya selepas ini saya tak nak ambil mana-mana tawaran watak anggota beruniform lagi. Sebab saya dah pernah jadi pegawai rela, bomba, polis dan yang paling saya nak paskal.

"Saya rasa dah cukup sebab semua yang saya impikan dah dapat. Kalau selepas ini ada lagi, mungkin tengok pada keadaan.

"Kalau cerita itu gempak dan sangat menarik, Insya-Allah saya akan buat juga," ujarnya.

Sebelum ini, Hairul memegang watak sebagai pegawai rela menerusi filem Senario Opocot pada 2011 dan pegawai polis dalam filem Polis Evo 2.

Dalam filem terbaru Qhaliq yang bakal ditayangkan pada 5 April ini, Hairul membawa watak sebagai anggota bomba.

Manakala menerusi filem Paskal The Movie yang masih menjalani penggambaran, suami kepada selebriti Hanis Zalikha itu menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari unit komando Paskal.

Post a Comment

Previous Post Next Post