Didie Alias timang cucu sulung


Pelakon dan pelawak, Didie Alias, 46, berkongsi kegembiraan apabila menimang cucu sulungnya semalam.

Didie yang menerima jolokan Lady Gaga Malaysia itu telah memuat naik gambar pertamanya bersama cucu lelaki yang dipanggil Baby SS.

“Alhamdullillah tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya pada kapsyen beserta #NannyD #babySS.

Bayi lelaki yang lahir dengan berat 3.6kg ini merupakan cahaya mata pertama kepada anak perempuan Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan yang selamat dilahirkan pada 14 April (Sabtu) secara normal.

Dhaniyah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Rata-rata peminat dan pengikut Didie turut berkongsi kegembiraan tersebut dan turut mengucapkan tahniah buat Didie yang kini telah bergelar nenek.





Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim yang terdiri daripada Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Sementara menerusi perkahwinan kedua bersama Norisham pula, Didie dikurniakan anak lelaki, Muhammad Dayyan.

Post a Comment

Previous Post Next Post