Siti Elizad Saya tak sanggup bermadu


Masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata, pelakon Siti Elizad tanpa berselindung akan mengizinkan suaminya berkahwin lain namun tidak sanggup bermadu biarpun drama Syurga Yang Kedua lakonannya mengetengahkan isu poligami.

Dia bimbang akan melalui fasa kehidupan yang menganggu emosi sedangkan Elizad adalah individu yang gemarkan persekitaran positif.

“Dia mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertama. Dengan saya belum ada lagi setakat ini. Andai kata tiada rezeki, saya izinkan dia berkahwin lain.

“Saya cakap dengan dia, bermadu itu indah tetapi kalau saya tidak dapat ‘carry’ dengan keadaan itu, saya minta dia lepaskan saya,” katanya.

Tambahnya Elizad lagi, dia adalah individu yang mahu hidup dalam persekitaran tenang.

Dia tidak mahu perkara negatif mempengaruhi emosinya.

Justeru, dia lebih rela mengundurkan diri agar suaminya dapat hidup bahagia dan dirinya turut dapat mengecapi ketenangan.





Elizad berkata, dia tidaklah sekuat watak Sabrina seperti dalam lakonannya sebagai isteri pertama yang hidup bermadu dengan rakan baik sendiri menerusi drama Syurga Yang Kedua.

“Saya serorang yang positif. Saya mahu hidup dalam keadaan tenang. Untuk diri sendiri, saya boleh move on dan menggembirakan diri.

“Itu adalah pendirian saya apabila bercakap mengenai poligami. Saya akan undurkan diri andai situasi itu memberikan kesan buruk,” katanya.

Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin ini sudah berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post