Sam Baharom Biar berbeza asal relevan


Vokalis dan pemain gitar kumpulan Bunkface, Sam Baharom berkata, kolaborasi bersama Datuk Jeffrydin dan Caprice menerusi lagu baharu mereka adalah strategi untuk bertahan dalam industri.

Katanya, lagu-lagu mereka hasilkan harus menjangkau pelbagai latar belakang usia jika ingin terus kekal relevan.

"Bunkface sudah 10 tahun dalam industri. Kami harus ada strategi untuk mencari peminat dan penyokong bukan hanya dalam golongan umur tertentu tetapi secara menyeluruh.

"Kolaborasi dengan Datuk Jeffrydin dan Caprice adalah salah satu cara untuk menambat hati pendengar lama dan baharu serta memenuhi kehendak peminat Bunkface," katanya.





Bunkface yang popular dengan lagu Malam Ini Kita Punya juga giat menghasilkan lagu berdasarkan kehendak pendengar muda kerana mereka adalah individu yang banyak menggunakan medium digital.

Kumpulan Bunkface dianggotai oleh Sam (gitar vokal), Youk (gitar bass) dan Paan (gitar) bakal muncul dengan lagu berjudul Apa Pun Tak Boleh pada bulan April nanti.

Album penuh mula diedarkan selepas hari raya Aidilfitri tahun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post