Ramona Zamzam Kalau saya gila glamor


Pelakon yang juga finalis Dewi Remaja 2010/2011, Ramona Zamzam, mengakui lebih selesa mengharungi dunia seni dengan cara 'bersih' tanpa kontroversi melampau untuk menaikkan namanya.

Jelas Ramona, dia sendiri tidak selesa andai ada cerita kurang enak diperkatakan mengenai dirinya.

"Tidak dinafikan, saya tak ada kontroversi sangat, kalau ada pun awal-awal dulu, saya cepat-cepat nak bersihkan atau pilih untuk diamkan sendiri.

"Bila dah lapan tahun di dalam industri, saya selesa begini. Memang ada orang sarankan saya untuk mencipta kontroversi, tapi kalau saya nak sangat untuk dikenali, dah lama saya cipta sesuatu agar orang kenal saya.

"Tapi saya percaya, kalau kita ada bakat, orang akan tetap nampak kita walaupun tanpa populariti yang banyak," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.


Membawakan watak Nadira dalam filem KL Special Force

Ramona yang kini masih bercuti selepas melahirkan cahaya mata sulung tiga bulan lalu berkata, dia bersyukur apabila tawaran lakonannya masih tidak berkurang, cuma kini terpaksa menolak lantaran anak yang masih kecil.

"Alhamdulillah, ketika saya hamil pun, ada tawaran yang datang tapi terpaksa saya tolak kerana perut dah nampak. Kali terakhir saya shooting ketika hamil satu bulan.





"Sekarang pun ada tawaran yang datang, tapi kerana saya susukan anak sepenuhnya dan saya sumber makanannya, jadi saya terpaksa menolak.

"Tunggulah bila dia sudah boleh makan, saya sedia untuk mempertimbangkan kembali aktif," ujar selebriti berusia 28 tahun ini.

Bercerita lanjut mengenai karier lakonannya, pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, dia berasa sangat teruja dan gementar apabila Syafiq menawarkan watak dalam filem KL Special Force arahannya.

"Saya dah lama nak bawa watak aksi, tapi nak buat macam mana bila ramai yang melihat saya sesuai dengan watak antagonis atau perampas.

"Walaupun tak puas sangat sebab saya nakkan karakter yang lebih lasak, saya harap KL Special Force adalah permulaan untuk penerbit menawarkan watak aksi kepada saya," katanya yang juga berharap untuk membawakan watak psiko dan pembunuh upahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post