Elvina bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 18 Mac ini.
Pelakon Elvina Mohamad bakal bergelar Datin muda apabila mengumumkan akan bernikah dengan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd. Haniff Borhan, 32, pada 18 Mac ini.
Elvina, 23, membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.
"Saya akan bernikah pada 18 Mac ini selepas setahun bercinta. Walaupun masih muda saya yakin dengan pilihan ini," katanya yang telah dirisik pada 6 Oktober tahun lalu.
Tambah Elvina, dia terlebih dahulu akan bertunang satu jam sebelum majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini.
Sementara itu majlis resepsi akan diadakan pada 24 Mac di hotel yang sama.