Netizen berasakan lagu terbaharu Sufian berjudul Di Matamu itu menceritakan luahan hatinya.
Kisah terputusnya ikatan pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih menjadi perbualan hangat netizen sehinggakan lagu terbaharu penyanyi ini turut dikaitkan tentang perjalanan hubungan mereka.
Lagu yang diberi judul Di Matamu ini terbukti menarik minat masyarakat apabila ia menerima lebih satu juta kali tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 26 Februari lalu.
Sedutan lagu yang dinyanyikan oleh Sufian itu asalnya dimuat naik di laman Instagram, kemudian digubah semula oleh pemilik akaun Lirik Kipidap dan menjadi trending nombor tiga minggu ini.
Sedutan rakaman lagu terbaharu Sufian yang dimuat naik di Youtube trending nombor tiga.
Lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.
Rata-rata pelayar berasakan lagu tersebut seakan-akan menceritakan perjalanan hidup Sufian yang terpaksa melupakan orang tersayang kerana jodoh tidak panjang.
"Sebagai seorang yang pernah merasa putus sebuah pertunangan, aku seakan-akan faham bait-bait lirik yang cuba diceritakan dalam lagu ini.
"Sumpah... sedih sangat lagu ni, lagu yang menyimpan banyak makna. Setiap baris ayat, ada maksud tersirat," komen netizen.
Sufian memberitahu lirik lagu itu hanya kebetulan sama dengan perjalanan hidupnya.
Isnin lalu melaporkan Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.
"Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.
"Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.
Elfira Loy.
"Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja," ujarnya.
Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.