Iqram Dinzly Dan inilah saat terakhir kita bersama di dunia


Perkongsian Iqram Dinzly mengenai nota terakhir buat arwah bapa kesayangannya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said, benar-benar menyentuh hati.

Perkongsian itu dilakukannya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-72, pada 3 Mac lalu.

"Papa oh Papa! #Happybirthday. Semoga #Papa celebrate usia 72 tahun di sana dengan cahaya dan perlindungan dari Yang Maha Esa.

"Maaf kerna tidak bersama. Kerna IQ sedang usaha untuk kotakan kata-kata yang pernah IQ perkatakan melalui penulisan terakhir IQ kepada Papa di malam hari kelahiran IQ yang ke-36 tahun lepas.

"Dan inilah saat terakhir kita bersama di dunia dan Insya-ALLAH akan jumpa nanti di sana. See ya my big baby [#papakuterlantarlagi]," luahnya di Instagram (IG).

Menurutnya, tulisan itu merupakan nota terakhirnya yang sempat dibaca oleh arwah bapanya sebelum meninggal dunia pada 10 Oktober 2017.

Malah, pelakon berusia 37 tahun ini turut berdoa memohon kesejahteraan arwah bapanya itu.

"Nota terakhir buat PAPA yang sempat dibaca dan 10 hari kemudian pulang ke rahmatullah.

"Jangan lupa selalu zikir dan mohon doa dari ALLAH yang terbaik untuk papa dan seluruh keluarga. Ini bukan tempat kita papa. Di sana lagi indah buat kita hambanya ALLAH SWT & umatnya Rasullullah SAW.

"Namun sekiranya papa nak berjuang sama , papa kena banyak bersabar. Dan doakan supaya segala urusan ujian dugaan dipermudahkan buat IQ dan lain-lain ya papa . Everyone said you are warrior. You done a great job. Dan ramai yang mendoakan papa. Alhamdulillah," kongsinya lagi.






Bahkan, Bintang filem Dunia Baru The Movie ini turut merakamkan penghargaan buat arwah bapanya kerana membantu mengajarnya menjadi manusia.

"Papa, thanks for teach me how to be human and real muslim.

"Doakan IQ bertemu jodoh yang baik yang dapat lahirkan zuriat yang baik demi warisan #Dinzly papa ya.

"I will do my best slowly & surely, dengan niat Lillahitaala. Aaminnnn," tulisnya sambil disertai #Alfatihah buat Almarhum Ayahanda Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said #papakukembali].

Sekalipun penuh dengan pelbagai kontroversi, bintang filem Apokalips X ini gembira apabila ibunya, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie berjaya menghabiskan waktu iddahnya dalam keadaan tenang.

"Tahniah #mama sebab #sabar menghabiskan #mamakuiddah4bulan10hari dengan #tenang sekali. Maaf atas segalanya," katanya.

Secara tidak langsung, perkongsian tersebut menarik perhatian peminat dan pengikutnya di IG.

- Semoga arwah papa abang iq di tempat kan dikalangan org2 yg beriman... Dan semoga abang iq terus kuat dalam menjalani kehidupan ini,. Semoga abang iq akan bertemu bakal isteri yang solehah... Amin..

- InShaAllah... Aamiin3x... semoga arwah papa Iqram ditempatkan di kalangan yg beriman dan soleh... dipermudahkan segala urusan Iq, sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani segala ujian dan dugaan dlm kehidupan ini... dan semoga segala apa yang dihajati Iqram tercapai satu hari nanti... Aamiin Ya Rabbal Al Aamiin...

- Al- Fatihah untuk papa Iqram dan Iqram dan sekeluarga kuatkan diri ya. Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang yang sabar.

- Semoga papa Iq di tempatkan bersama2 orang yang beriman..semoga kubur nya diterangi cahaya dan diperluaskan

- Al-Fatihah untuk papa abang Iq. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan yg beriman..Aamiin... Saya pun baru kematian mak 3 hari yang lepas abang Iq.. Al-Fatihah juga untuk mak saya..

- Al -Fatihah buat arwah bapa iqram @bawaabata.merebucks deep sangat.

Post a Comment

Previous Post Next Post