Faye Kusairi Kenapa la dengki sangat dengan Sis?


Dua kali dalam sehari mengalami masalah kewujudan akaun palsu di Instagram (IG), Faye Kusairi bagaimanapun bersyukur apabila laman sosial itu berjaya dipadamkan.

"Yayy.... tq Instagram!!! Great job guys. Thank you semua yang membantu. Alhamdulilah," katanya menerusi perkongsian di Instagram (IG).

Malah, pelakon drama bersiri, Tujuh Hari Mencintaiku ini turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang membantunya membuat laporan mengenai kewujudan akaun palsu tersebut.

"Terima kasih buat kalian yang juga bantu mereport account tersebut," tulisnya.

Bagaimanapun, selebriti berusia 32 tahun ini juga mengambil pendekatan positif dengan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung melalui penulisan di dalam akaun palsu berkenaan.


"Buat mana yang tersinggung dengan komen-komen melalui account FAKE ini, saya tetap mahu memohon maaf WALAUPUN kata-kata tersebut BUKANLAH dari saya.

"Sekali lagi, account saya di-impersonate oleh individu yang tidak bertanggungjawab (buat kali kedua dalam masa sehari), justeru melemparkan kata-kata yang kurang baik untuk mengaibkan saya sekali gus menjatuhkan fitnah terhadap diri saya," luahnya lagi.

Malah, bintang filem Tombiruo ini mengakui hairan dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab terbabit.





"Sis ini tak adalah femes sangat, sekolah pun tak tinggi. Buat apa la nak dengki sangat dekat Sis ini sampai dalam sehari dua kali buat fake account ini? Hmmm...gapo dio mu ni....," katanya.

Difahamkan, pemilik akaun palsu yang menggunakan nama pelakon itu telah berkongsi beberapa gambar peribadinya bersama suami, Azmi Hatta dengan kapsyen dan tanda pagar yang mencetuskan provokasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post