Elyana terpaksa gugur kandungan


Selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat, Elyana diuji sekali lagi apbila terpaksa mengugurkan kandungannya yang baharu berusia dua bulan, 7 Mac lalu.

Ujar wanita berusia 31 tahun ini kepada sebuah portal hiburan, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada ustaz, memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan dia perlu bergantung pelbagai jenis ubat.

"Ustaz kata kalau memudaratkan diri memang perlu digugurkan.

"Siapa yang tak sedih memandangkan saya sendiri teringin untuk mempunyai anak yang ramai.

"Sebelum ini saya hamil luar rahim pada 2016 dan perlu mengugurkan kandungan. Kini sekali lagi saya terpaksa mengugurkan kandungan.





"Kalau kanser saya masih di peringkat awal mungkin saya boleh kuatkan diri. Tapi dalam keadaan saya sekarang, saya bimbang ubat-ubatan itu akan memberi kesan kepada kandungan dan anak yang bakal lahir," ujar pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal ini.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Niat ini pernah menyatakan hasrat untuk mengambil anak angkat tetapi tidak berjaya.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat sejak tujuh tahun lalu ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.

Post a Comment

Previous Post Next Post