“Payudara saya original tak letak spender,” gurau penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ketika menjawab pertanyaan payudaranya kelihatan besar.
Jelas Elly, dia tidak pernah melakukan sebarang pengubahan mahupun pembedahan untuk membesarkan payudaranya.
"Sebenarnya, saya masih menyusu anak. Alhamdulillah, rezeki anak masih ada.
"Payudara saya asli," tegas ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun itu ketika sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam perkembangan lain, selebriti berusia 38 tahun itu memberitahu tidak peduli dianggap sebagai simbol seks oleh pihak tertentu.
"Saya tidak boleh menutup mulut orang dari bercakap macam-macam.
"Malah, saya juga bukan jenis yang cepat melatah dengan kritikan netizan," katanya.
Menurut Elly, pengalaman melalui pelbagai dugaan sebelum ini mengajar dia untuk lebih tabah.
Sementara itu, Elly akan bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni untuk mengendalikan program realiti Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, Ahad ini, 9 malam.