Ebby Yus dimasukkan hospital


Pelawak Ebby Yus telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat lemah jantung.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 53, dia dimasukkan ke hospital tersebut sejak Isnin lalu selepas menjayakan sebuah persembahan hiburan di Pulau Pinang.

“Alhamdulillah, kata doktor keadaan saya stabil dan tidak membimbangkan.

“Malah sya juga tidak perlu menjalani pembedahan kerana sudah pernah melakukannya pada tahun 1998,” katanya.





Difahamkan semenjak lebih enam bulan lalu, Ebby yang juga aktif sebagai pelakon ini sudah tidak mengambil tawaran kerja kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dan lebih banyak menghabiskan masa untuk berehat di rumah.

Julai tahun lalu, Ebby juga pernah ditahan di Hospital Selayang selama seminggu atas sebab yang sama.

Post a Comment

Previous Post Next Post