Aishah 10 tips pembedahan pintasan gastrik


Gara-gara terlalu ramai yang bertanya, penyanyi popular, Aishah mengambil keputusan untuk berkongsi pengalamannya menjalani pembedahan Bariatric Surgery (pintasan gastrik).

Bariatric Surgery atau pembedahan Bariatrik melibatkan prosedur mengecilkan saiz perut dengan cara pintasan saluran gastrik atau menyambungkan semula saluran usus kecil ke bahagian utama perut (gastric bypass).

Perkongsian itu diceritakan oleh juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini menerusi laman Instagramnya (IG), @aishahjmm.

"Hahaha I tahu ramai yang kecut perut tengok video pembedahan I kan...Dan ramai juga yang bertanya bagaimana pengalaman I melalui bariatric surgery tu.

"Tak kurang juga yang malas membaca yang asyik bertanya apa produk yang I makan untuk turunkan berat badan walaupun dah berkali-kali hashtag #BariatricsurgeryAishahjmm... hahahaha.

"Setakat ini hingga 15 hari selepas pembedahan, pengalaman I OK semua. OK tak bererti I tak merasa sakit dan lain-lain...tapi OK dari segi ianya 'tolerable'," tulisnya.

Malah, pelantun lagu Janji Manismu ini turut menitipkan 10 tip utama dalam menghadapi pembedahan tersebut.





1) Pertamanya, seperti dengan semua yang kita buat kita kenalah jelas mengapa kita buat keputusan untuk surgery ini. Dah nama pembedahan babe, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui. Kita kena realistiklah dalam hal itu.Tapi ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.

2) Keduanya, bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan physical support group yang boleh membantu.

3) Ketiganya, jangan malas. Sehari selepas pembedahan I dayakan bangun dan berjalan. Jangan takut pada sedikit kesakitan, mental kena kuat. Bayangkan cita-cita dan niat untuk pembedahan ini dah tercapai. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita itu.

4) Keempat, bila dah masuk hospital memang senang masuk mode pemikiran 'aku sakit' tapi sebenarnya pembedahan ini adalah atas pilihan sendiri. You bukan kena heart attack ke apa, so get up and move..hahahaha. Senyum selalu, you are half way there. You dah fix bahagian fizikal you dengan pembedahan mengecilkan perut. Perjalanan seterusnya ialah peperangan di antara nafsu hendak makan dengan keperluan makanan sebenar kita. Perjalanan ini memang tricky kerana selama ini kita confuse di antara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata 'dah kenyang'. Also perut kita dah kembang kerana asyik disumbat dengan pelbagai makanan.

5) Kelima, sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml hingga 50ml saja. Ideal kan?Ramai kata senanglah macam itu.Tapi your 'inner demon' is nafsu kita yang dulu OK je makan tiga pinggan nasi (uish I tak pernahlah sampai macam itu...hahaha) Walaupun perut kita kenyang je. Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang body kita perlu setakat ini-ini saja makanan. Yang lain itu nafsu. Kalau you tak control nafsu ini dan cuba nak makan lebih, secara fizikal akan ada kesannya dinamakan dumping syndrome. Makan terlalu banyak dan terlalu cepat, perut akan sakit kepala pening muntah dan lain-lain. Kita kena slowly try makanan apa yang perut kita boleh terima atau tidak.

6) Keenam, surgery ini bukan shortcut hanya sebagai pembantu untuk kita turunkan berat badan. Yang lain kita kena usaha sendiri.Yang kata ini jalan yang mudah then you are WRONG. Orang yang melalui surgery bukan saja-saja nak cute miutkan diri tapi bagi setengah orang ianya ialah untuk menyelamatkan nyawa. Calon-calon surgery ini bukan yang berat 70kg yang rasa dah gemuuuuuk sangat tapi ianya bagi yang termasuk dalam category morbid obesity, dengan berbagai penyakit dan yang telah lakukan segala cara untuk kurus tapi tak berjaya.This is about getting back the quality of life you deserve.

7) Ketujuh, berdoalah banyak-banyak semoga ALLAH permudahkan urusan kita. Kecergasan, kekuatan dan kesihatan semua datang hanya dari ALLAH SWT .Kita hanya ikhtiar semoga apabila ada kesihatan yang baik maka ibadah kita pun akan lebih baik.

8) Kelapan, listen to your doctor and jangan memandai-mandai...hahahaha...doktor belajar bertahun-tahun nak jadi expert so they know what they are taking about.

9) Kesembilan, carilah sebanyak boleh info mengenai surgery ini dan fahami. Go into it with your eyes wide open.

10) Kesepuluh, lastly I do not claim to be an expert on this, just sharing my experience thus far. Orang lain mungkin ada pengalaman yang berbeza. Itu saja coretan I kali ini.

Difahamkan, berat badan penyanyi berusia 52 tahun ini sudah susut lebih tujuh kilogram selepas 15 hari menjalani pembedahan tersebut.

"Day 15 post op weight loss 7.7kg. Doakan I OK," kongsinya beserta #reinventingAishahjmm dan #bariatricAishahjmm.

Sebelum ini, penyanyi lagu Camar Yang Pulang ini mendedahkan tujuannya menjalani pembedahan tersebut bukanlah untuk kelihatan cantik dan kurus sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki yang berpunca daripada pertambahan berat badan.

"Sebenarnya sakit kaki ini dah lama saya hadapi dan setelah dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini.

"Ini bukan pasal nak kurus cantik saja tapi sebab utama adalah masalah sakit kaki dan susah nak buat aktiviti harian," katanya menerusi siaran langsung di laman IGnya, baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post