Syafiq Kyle Rasa dekat di hati mereka!


Pelakon Syafiq Kyle, 26, mengakui lebih selesa menggunakan 'Twitter' untuk berinteraksi dengan peminatnya berbanding platform media sosial lain.

Ujar pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini, dia berasa lebih dekat dengan peminatnya apabila saling berinteraksi di Twitter.

"Saya suka gunakan Twitter sebagai medium berinteraksi dengan peminat kerana maklum balas yang pantas.

"Apatah lagi, bila saya berkongsi mengenai produk lakonan dan komen daripada peminat pun banyak. Ia amat menyeronokkan," katanya.

Menurut pelakon drama Dekatkan Jarak Kita di TV3 ini, kemudahan media sosial juga dilihat amat membantu kelancaran karier seninya.

Sangat melonjak dalam karier lakonannya sejak tahun lalu, Shafiq juga disebut-sebut sebagai pelakon paling menyerlah masa kini.



Malah, Syafiq turut dikatakan bakal memberi saingan sengit kepada selebriti lain dalam kategori anugerah yang namanya dicalonkan.

"Untuk menang anugerah, perkara itu bukan yang utama dalam fikiran saya. Menang atau kalah adat bertanding.



"Apa yang lebih penting sebenarnya sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat. Itu yang saya inginkan," katanya.

Sehubungan itu, Syafiq bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu karier seninya.

Untuk permulaan 2018 ini, Syafiq dicalonkan untuk tiga kategori iaitu Pelakon MeleTop, Fesyen MeleTop dan Drama MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018).

Post a Comment

Previous Post Next Post