Lan Solo timang anak keempat


Lan Solo bersama isteri dan bayi keempat mereka.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Lan Solo kerana telah dikurniakan seorang bayi perempuan pagi tadi.

Anak keempat pasangan Lan, Sheila ini telah dilahirkan pada jam 4.10 pagi dengan berat 2.5 kg.

"Alhamdullillah isteri, anak keduanya sihat walafiat. InsyaALLAH, akan keluar hospital esok.



“Walaupun dijangma lahir bulan Mac tapi alhamdulillah keluar awal," ujar Lan.



Lan yang dalam perjalanan ke airport untuk menjayakan show di Sabah turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anaknya.

Bulan ini meriah dengan kelahiran bayi anak artis. Antaranya Nora Danish, Norzizi Zulkifli, Dahlia Shazwan, Fazreen Rafi dan difahamkan Linda Onn juga semalam telah dimasukkan ke hospital.

Post a Comment

Previous Post Next Post