Iqram Dinzly kerugian RM15,000, rumah dipecah masuk


Bekas pelakon Iqram Dinzly kerugian hampir RM15,000 setelah rumahnya di Damansara dimasuki pencuri, Rabu lalu.

Jelas Iqram, dia kehilangan beberapa jam tangan dan beberapa barangan berharga serta komputer riba milik arwah bapanya.

"Saya telah pun buat laporan di balai polis dan pihak polis sedang menyiasat perkara ini," katanya.




Selain itu juga, Iqram mengalami kemalangan apabila keretanya jenis Honda CRV telah terlanggar tembok.

"Saya terlalu penat, mengantuk dan terlanggar tembok. Namun alhamdulillah saya tidak ada apa-apa," jelasnya ringkas.

Tambah Iqram, hanya syukuri ujian dan dugaan Allah.

Selain itu, Iqram juga bersedih kerana kehilangan akaun Instagramnya.



"Saya juga telah kehilangan IG saya.

"Ada yang report agaknya hingga sampai sekarang saya tak dapat lagi IG lama saya tu.


"Saya ada buat IG baru tapi tak best sebab banyak memori di IG lama.

"Entahlah, kalau orang yang gurau kasar dengan saya boleh pulak, tapi kalau saya gurau kasar, ada yang marah sampai report IG saya." luahnya kecewa.

Iqram akan cuba mendapatkan IG lamanya itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post