Majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi
Penyampai radio Suria, Fizi Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Shakilla Khoriri pada jam 10.37 pagi hari ini di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall.
Fizi, 29 dan Shakilla, 29 dinikahkan bapa Shakilla, Mohd Khoriri bin Markon dengan mas kahwin sebanyak RM300 di hadapan 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.
Fizi menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Fizi yang merupakan bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua ini mula berkenalan dengan Shakila ketika menjalani pengambaran telemovie Tuty Polkadot pada tahun 2012.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Julai selepas tiga tahun bercinta.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami.
“Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah,” kata Fizi Ali.
Majlis resepsi akan bermula pada jam 8 malam hari ini.