Tiga hari selepas sah putus tunang, Sufian Suhaimi mengubahkan kapsyen gambar memori pertunangannya di laman Instagram peribadinya.
Menerusi kapsyen yang ditulis semula pada gambar bertarikh 7 Oktober 2017, Suffian menyifatkan tarikh berkenaan adalah hari yang terbaik dalam hidupnya.
Sufian Suhaimi
"Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oct 2017)," tulisnya.
Tinjauan di IG Sufian mendapati, penyanyi lagu Terasa Ada itu masih menyimpan beberapa keping gambarnya bersama Elfira Loy.
Sufian Suhaimi, Elfira ketika di hari bahagia mereka
Manakala bekas tunangnya itu sudah memadam ke semua gambar Sufian di IG miliknya.
Sementara itu, pendakwah muda yang dilahirkan dari program Da'i, Wan Dazrin Wan Din atau lebih dikenali dengan Da'i Wan, sempat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Sufian dan Elfira di laman Twitter peribadinya.
Meminta orang ramai menghentikan stigma negatif putus tunang itu dengan kesedihan, Da'i Wan berkata, pertunangan sememangnya diadakan bagi memberi peluang setiap orang mengenali pasangan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.
Bahkan Da'i Wan menyifatkan putus dalam tempoh pertunangan lebih baik dan sedikit sebanyak menyelamatkan institusi perkahwinan.