Cristina Suzanne Bantu keluarga berniaga


Pelakon Cristina Suzanne Stockstill, 33, akui lebih banyak menghabiskan masa membantu keluarga mengusahakan perkhidmatan katering di Kuantan, Pahang.

"Saya tak hilang pun, cuma pada masa ini selesa bantu mak mengusahakan bisnes itu sejak setahun lalu.

"Seronok juga sebab tak perlu lagi nak fikir pasal tekanan hidup di Kuala Lumpur. Hidup lebih tenang dapat bantu keluarga di kampung," katanya.

Katanya, perkhidmatan katering diusahakan adalah kecil-kecilan sahaja kerana masa sama dia turut membantu keluarga mengusahakan aktiviti perladangan.



Pelakon itu ditemui pada tayangan perdana filem Surf This Love Gelora Juara di sini, baru baru ini.



Katanya, sesekali dia akan ke Kuala Lumpur jika ada tawaran berlakon, cuma jarang tonjolkan diri dalam acara berhiburan yang tidak berkaitan.

Terbaru, selain filem, dia bakal kembali ke set sebuah drama 28 episod yang akan menjalani penggambaran, minggu ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post