Geara-garamemberikan komen jujurnya tentang penampilan salah seorang peserta bintang RTM di Konsert Bintang RTM minggu ketiga semalam, penyanyi dan komposer terkenal, Ajal, menerima kritikan hebat netizen.
Ajai yang memikul tanggungjawab sebagai salah seorang juri pertandingan bersama Adibah Noor dan AG Coco memberikan komen tersebut kepada peserta bernama Anna yang tampil dengan persembahan memikat menerusi lagu Hurt, nyanyian Christina Aguilera.
“Saya tidak ada masalah dengan nyanyian awak. Dari segi penghayatan, vokal dan persembahan, semua itu gifted. Memang awak dah ada.
“Tapi satu saja awak kena perbetulkan iaitu penampilan diri awak. Bila digelar artis, penampilan diri awak kena berbeza. Artistik awak tu kena nampak.
“Mungkin awak kena kurus lagi ke.. Tak guna awak ada suara yang bagus kalau tidak ada penampilan diri, sampai bila-bila pun awak akan macam tu sajalah,” ujar Ajai ketika diminta memberikan komen selepas peserta tersebut membuat persembahan.
Bagaimanapun komen tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan netizen yang mengikuti siaran langsung konsert Bintang RTM itu dengan memberi reaksi mereka menerusi #bintangrtm2018 di twitter.
Misha Omar yang bertindak sebagai pengacara, secara spontan meminta Ajai memberikan reaksinya tentang kritikan dari netizen itu.
“Sebagai juri, saya hanya memberikan komen yang jujur,” ulas Ajai.