AC Mizal nak kongsi cerita


Pelakon, pengacara dan penyanyi, Datuk AC Mizal kini sedang menghitung hari untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di Bangladesh membantu pelarian Rohingya buat pertama kali dalam hidupnya.

“Selama tempoh 46 tahun kehidupan saya, ini adalah misi kemanusiaan pertama saya terbabit. Terima kasih kepada Yayasan Afdlin Shauki dan rakan baik saya, Datuk Afdlin yang mengajak saya dan memberi peluang ini.

“Insya-Allah, kami akan terbang ke Bangladesh dan memberi bantuan di kem pelarian Rohingya yang terletak di sana,” katanya.

Menurut AC atau nama sebenar Mizal Zaini, keputusannya untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengenali diri sendiri.



“Kita selalu melihat artis dan selebriti seringkali berkongsi apa mereka ada tetapi tak ramai yang berkongsi mengenai Rohingya.

“Saya kenali Afdlin sebagai selebriti daripada golongan elit, tetapi selepas dia menyertai program-program kemanusiaan, saya dapat lihat perubahan dalam dirinya.



“Jadi, saya buat keputusan untuk menyertainya dan saya nak mengenali diri saya sendiri,” katanya.

AC akan disertai beberapa rakan artis lain antaranya Datuk Zainal Abidin dan Mizz Nina. Kini, Yayasan Afdlin Shauki yang bekerjasama dengan Yayasan Kubra dan Into Taqwa kini sedang mengumpul dana berjumlah RM300,000.

Post a Comment

Previous Post Next Post