Yuna Ada kejutan istimewa hari persandingan esok


Majlis persandingan Yuna dan Adam Sinclair di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok.

"Tiada Usher tetapi akan ada kejutan istimewa”.

Demikian jawapan ringkas Yuna, ketika ditanya media sama ada penyanyi terkenal Usher, pasangan duetnya dalam lagu hit berjudul ‘Crush’, akan hadir ke majlis persandingannya bersama pasangan Adam Yousof Mohamed Sinclair, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini esok.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai yang mengukir nama di Amerika Syarikat, bagaimanapun berkata beliau ada menjemput beberapa rakan artis dari negara berkenaan termasuk bekas peserta The Voice, Dez Duron.



“Mereka akan hadir dan biarpun tiada kehadiran Usher, hari istimewa esok pastinya akan ada kejutan istimewa,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenainya ketika sidang media bersama suaminya di PICC hari ini.



Semalam, Yuna, 31, dan Adam, 33, selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong.

Post a Comment

Previous Post Next Post