Shenty Feliziana bakal nikah aktor Indonesia April depan


Shenty, 29, dan Reuben mula berkenalan sejak Jun tahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama bersiri DO[S]A di Jakarta, Indonesia.

Pelakon dan pengacara Shenty Feliziana bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati iaitu aktor dari negara Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April depan.

Shenty Feliziana, 29, dan Reuben mula berkenalan sejak Jun tahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama bersiri DO[S]A di Jakarta, Indonesia.

“Pada awal perkenalan, kami hanya berkawan seperti biasa. Malah masing-masing meletakkan syarat untuk tidak terlibat dengan cinta lokasi.


“Selepas seminggu penggambaran tamat, barulah dia berani meluahkan perasaan. Pada waktu itu saya katakan kepadanya, kalau betul-betul ikhlas datanglah berjumpa keluarga di Singapura. Tidak sangka dia betul-betul melakukannya,” ujar Shenty ketika ditemui pada sesi temu ramah pelakon DO[S]A di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan sebentar tadi.

Tambah Syenty, majlis pernikahan akan berlangsung di Singapura pada 13 April sebelum resepsi pada keesokan harinya, manakala resepsi di Indonesia pula masih dalam perancangan.

Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25 November tahun lalu.



Post a Comment

Previous Post Next Post