Hari pertama Neelofa


Neelofa bersama Tony Fernandes dan Pegawai Khas Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Edd Razhee.

Pelakon dan pengacara Neelofa hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia, selepas menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang, pagi semalam.

Pembabitan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, selaras dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada 8 Disember lalu yang menganggap perlantikan wanita cantik itu sebagai satu usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat tambang murah terbaik dunia itu.

Berkongsi perasaannya, Neelofa berkata, ini pertama kali dia membabitkan diri dalam EGM AirAsia dan pastinya ia satu pengalaman yang sungguh menakjubkan.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.



“AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat dedikasi dan kreatif. Pastinya pengalaman ini akan saya simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain,” katanya.

Neelofa akui tiada masalah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tugas barunya itu. Selesai majlis, Neelofa kelihatan begitu tenang sepanjang hampir lima jam mesyuarat dijalankan.

Malah Neelofa sempat meluangkan masa beramah mesra dengan hampir keseluruhan ahli keluarga besar AirAsia.

Post a Comment

Previous Post Next Post