Fizi Ali tolak tawaran berlakon


Penyampai Suria FM, Fizi Ali mengakui menolak banyak tawaran lakonan kerana mahu memberi perhatian kepada kerjayanya sebagai penyampai radio.

Bukan bermaksud tidak menghargai peluang yang datang, namun Fizi seorang yang realistik dan mengakui tidak mempunyai bakat berlakon.

“Daripada digelar ‘pelakon kayu’, lebih baik saya tidak menjerat diri sendiri sebaliknya memberi perhatian kepada sesuatu yang menjadi kelebihan saya iaitu penyampai radio.

Bagi penyampai radio Suria FM ini, dia perlu realistik tentang bakat dan kemampuan diri sendiri walaupun sukar melepaskan peluang berkenaan.



Bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Muhd Hafizudin Alimudin ini berhasrat melebarkan bakatnya dalam bidang pengacaraan TV, selepas menimba pengalaman sebagai pengacara di pelbagai majlis dan acara.

“Tahun 2018 bakal menjadi tahun yang sibuk buat saya kerana selain berada di konti, saya akan terlibat dengan pelbagai program sebagai pengacara.

“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan dengan lancar, saya bakal menjadi pengacara program bual bicara di kaca TV tidak lama lagi,” katanya yang sudah dua tahun bergelar penyampai radio.

Post a Comment

Previous Post Next Post