Farid Kamil tak pernah kasari Diana Danielle


Pelakon Datin Diana Danielle menegaskan suaminya, Datuk Farid Kamil tidak pernah sesekali mengasarinya dan akan tetap menyokong lelaki itu dalam apa juga situasi dilalui.

Berterima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan terhadap mereka, Diana, 26, menerusi catatan yang dimuat naik di laman Instagramnya berkata, mereka juga sedang berusaha memperbaiki apa yang perlu, pada masa sama menguatkan lagi ikatan sedia ada.

"Dalam menjelaskan isu yang timbul membabitkan kami sekeluarga, saya memerlukan sedikit masa sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung hal ini.

"Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberikan sokongan tanpa henti kepada saya dan suami.

"Kedua, suami saya tidak pernah walaupun sekali mengasari. Saya akan menyokongnya dan kami akan berusaha memperbaiki apa yang perlu dan menguatkan lagi ikatan sedia ada.

"Pada ketika ini, saya memilih tidak memberi sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan lagi kemelut sedia ada," katanya dalam catatan itu.



Semalam, Farid yang didakwa menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, direman empat hari.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari kelmarin, Farid dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 4, dan Nur Aurora, 2.

Post a Comment

Previous Post Next Post