Amran Ismail, kini bergelar suami


Selamat pengantin baru buat pelakon Amran Ismail, 33, atau kini lebih dikenali dengan nama Putra Amaris yang telah melangsung perkahwinan dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat, 5 Januari lalu.

Majlis ijabkabul yang diadakan di Batu Pahat Johor menyaksikan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta 11 dulang hantaran dan berbalas 13 dari pihak perempuan. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Menurut Amaris, tindakannya yang tidak menghebahkan tentang majlis perkahwinannya ini kepada umum bukan kerana mahu berahsia, tetapi memang hasratnya untuk berkongsi selepas majlis berlangsung.




Pasangan ini mula berkenalan ketika sambutan Aidilfitri pada 2016 dan mengikat tali pertunangan sekitar Ogos tahun yang sama.

Nur Syazwani yang sebelum ini bertugas sebagai Ustazah di sebuah sekolah agama di Johor, kini aktif dalam perniagaan tudung secara online.

Amaris yang kini sibuk menciptra nama di Indonesia bakal membawa isterinya mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum merancang percutian bulan madu ke London dan Paris.

Post a Comment

Previous Post Next Post