Haqiem Rusli baharu sahaja tampil dengan single terbaharu yang berjudul Jatuh Bangun.
Tindakan penyanyi Haqiem Rusli memuat naik status mendedahkan status dirinya yang solo sejak dua tahun lalu mencetuskan perhatian dalam kalangan pengikutnya di Instagram.
Mana tidaknya, Haqiem, 20, menerusi status itu memberitahu dia disakiti namun yakin insan yang dicintai akan ditemuinya suatu hari nanti.
"Dua tahun lebih diri ini tidak berpunya setelah disakiti beberapa waktu dulu.
"Pedih namun aku akan terus maju kehadapan, yang ku cintai satu hari nanti akan tiba," tulisnya.
Rata-rata peminat terutamanya wanita tampil menasihati Haqiem agar tidak kecewa dengan kegagalan percintaan dihadapi kerana usia dia masih muda.
Luahan Haqiem undang perhatian peminat.
Tidak kurang ada peminat menawarkan diri untuk menjadi kekasih penyanyi lagu Jatuh Bangun itu sebagai pengganti teman wanitanya.
"Jangan bimbang Haqiem, Allah ada... doalah, luah denganNya jika Haqiem ada masalah.
"Single is better. Biar takdir menentukan... semoga Haqiem dapat bertemu dengan perempuan yang diingini mengikut ciri-ciri wanita yang diidamkan.
"Anda tidak keseorangan. Saya ada di sini untuk anda. Haqiem tak nampak ke jodoh anda tengah komen ni?," antara komen ditinggalkan oleh peminatnya di ruang komen.
Haqiem Rusli.
Dalam pada itu, ada pula peminat meminta agar Haqiem tidak memikirkan soal cinta buat masa ini kerana ia akan memudaratkan dirinya.
Sebaliknya ramai meminta agar dia terus fokus terhadap karier nyanyiannya yang semakin berkembang dan tidak mensia-siakan peluang diberikan.
"Daripada fikir soal cinta, baik fokus kepada kerjaya anda terlebih dahulu. Jangan sia-siakan potensi yang ada dalam diri Haqiem.
"Kami sentiasa menyokong kerjaya Haqiem dan percintaan itu boleh difikirkan kemudian, Haqiem pun masih muda lagi," tulis peminatnya.
Bagaimanapun ada pula meminta agar Haqiem mengembangkan kata-katanya itu sebagai lirik lengkap untuk dijadikan sebuah lagu.