UNIC Kamera disangka senjata


Misi kumpulan nasyid UNIC menyerahkan sumbangan dan bantuan kepada pelarian Syria bersama Muslim Care Malaysia, berdepan dugaan apabila ditahan pihak berkuasa di sempadan Turki-Syria, semalam.

Kumpulan dianggotai Bazli Hazwan (Bazli), Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul) dan Wan Najdi Wan Mohd Noh (Najdi) itu melalui detik cemas apabila ditahan dan disoal siasat beberapa jam di balai polis di sana.

Kata Fakhrul, mereka ditahan sejurus keluar dari lapangan terbang kerana disyaki membawa senjata yang sebenarnya peralatan kamera yang diletak dalam beg.

“Kami akui kesilapan sendiri kerana tidak menyedari pada paspot sudah dicop tertera arahan meminta melaporkan diri di balai polis berhampiran untuk disahkan.


“Tambah pula lokasi yang kami tuju, Reyhanli dikenali sebagai laluan tikus pihak tertentu untuk memasuki Syria-Turki. Mereka beranggapan kami cuba menyeludup masuk melalui laluan itu,” katanya.

Mereka berada di sana selama lima hari sejak awal minggu ini kerana mengikuti misi menyerahkan sumbangan dan bantuan kepada pelarian Syria bersama Muslim Care Malaysia.

Kumpulan nasyid itu kini berada di Istanbul untuk berehat dan dijangka pulang ke Malaysia hujung minggu ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post